JEMPUTAN PENYERTAAN KE PROGRAM “INTRODUCTION TO ROAD SAFETY AUDIT – STAGE 4 PART 1, 2 & 3 (CONSTRUCTION PHASE)”
Pihak Traf Tech Academy dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Sabah ingin menjemput pihak JKR Cawangan Institut Latihan untuk menyertai serta membantu memanjangkan jemputan bagi program Introduction to Road Safety Audit – Stage 4 Part 1, 2 & 3 (Construction Phase).
Program ini merupakan sesi pengenalan dan perkongsian berkaitan pelaksanaan Road Safety Audit (RSA) Stage 4, khususnya semasa fasa pembinaan sesuatu projek jalan raya. Program ini bertujuan memberikan pendedahan berkenaan prinsip, proses serta aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian semasa audit keselamatan jalan raya dilaksanakan di peringkat pembinaan.
Program ini juga diharapkan dapat meningkatkan kefahaman peserta terhadap kepentingan Road Safety Audit dalam mengenal pasti potensi isu dan risiko keselamatan jalan raya sebelum sesuatu projek disiapkan dan dibuka sepenuhnya kepada pengguna.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 9 Oktober 2026 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat / Platform : Secara dalam talian (Zoom Meeting)
Yuran Penyertaan : Percuma

Pegawai, kakitangan, kontraktor, perunding dan pihak-pihak berkaitan dijemput hadir bagi bersama-sama menjayakan program ini. Kehadiran dan sokongan anda amat dialu-alukan.
