Screenshot 2026-10-14 151118

KOTA KINABALU, 13 OKT – Unit Kompetensi dan Amalan Terbaik (UKAT), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), JKR Malaysia telah mengadakan Program Libat Urus bersama JKR Sabah bertempat di Dewan Kinabalu, Ibu Pejabat JKR Sabah.

Program ini merangkumi sesi taklimat berkaitan amalan terbaik pengurusan projek, termasuk pematuhan dan penilaian Pelan Pengurusan Risiko Projek, penjadualan projek, penggunaan templat ES-Curve serta pelaksanaan Project Team Health Check.

Selain itu, program ini turut menyentuh aspek pengukuhan kompetensi pengurusan projek melalui perkongsian amalan terbaik dan program pensijilan profesional.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman serta memperkukuh kompetensi warga JKR Sabah dalam pengurusan projek yang lebih sistematik dan berkesan.

About The Author