Screenshot 2026-11-06 145446

KOTA KINABALU, 4 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Sabah, yang diketuai oleh Pengarah, Sr Mohd Haris bin Yop.

Kunjungan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Ir. Evelyn Pius itu bertujuan untuk membincangkan urusan berkaitan kerja-kerja ubah suai pejabat baharu JPPH Sabah. Kunjungan hormat ini diharap dapat memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua jabatan, di samping memudahkan urusan berkaitan pelaksanaan kerja-kerja pengubahsuaian pejabat baharu JPPH Sabah.

About The Author