RANAU, 25 – 26 JUN – Cawangan Projek Jalan Luar Bandar (PJLB) telah mengadakan lawatan pemantauan projek di daerah Ranau yang diketuai oleh wakil Ketua Penolong Pengarah Cawangan PJLB, Ir. Ts. Symus Dimok, Jurutera PJLB, dengan tumpuan kepada beberapa Jalan Luar Bandar (JALB) di daerah Ranau seperti Projek Menaiktaraf Jalan Terawas – Malinsau – Kaingaran, Projek Membina Jalan ke Mesej Mansalu, serta Projek Naiktaraf Jalan Kundasang – Kauluan – Pinausok.


Sesi taklimat berkenaan kemajuan projek telah diadakan di Bilik Mesyuarat JKR Ranau yang dipengerusikan oleh Jurutera Daerah Ranau, Ir. Alvonna @ Farhanah Jammy. Selain memaklumkan perkembangan semasa projek, taklimat ini juga bertujuan mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak kontraktor di tapak pembinaan.

