12

KOTA MARUDU, 26 JUN – JKR Kota Marudu telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih bagi meraikan serta memberikan penghargaan kepada Penolong Jurutera, Datu Mustafa bin Datu Abdul Kadir yang akan berpindah ke Pejabat Daerah Kota Marudu, serta pelatih industri, Chaldrin Brean Donial, yang akan menamatkan latihan industrinya pada 30 Jun 2026.

Dalam ucapannya, Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datu Mustafa atas segala jasa, sumbangan, kerjasama serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di JKR Kota Marudu.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Datu Mustafa dan Chaldrin Brean Donial dalam meneruskan amanah, kerjaya dan perjalanan masing-masing.

Pada masa yang sama, beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Jurutera Kerja, Aron Nicholas Jemson, dengan kerjasama Penolong Jurutera, Geo Christal dan Mohd Azuan, atas komitmen serta dedikasi dalam menjayakan majlis tersebut.

Turut hadir ialah Jurutera Kerja, Ts. Christine Madatang, Penolong Jurutera Kanan, Ahmad Mahmud, ketua-ketua unit, penolong-penolong jurutera serta seluruh warga kerja JKR Kota Marudu.

About The Author