Screenshot 2026-08-26 122854

KOTA KINABALU, 24 OGOS – Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Sabah telah menganjurkan Program Khas Aku Kasih Malaysia yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari setiap cawangan dan daerah Jabatan Kerja Raya Sabah.

Program dimulakan dengan Taklimat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang disampaikan oleh Faiz Quzhairi, diikuti sesi Interaktif Kenegaraan oleh Darwis Dawing yang memberi pendedahan berkaitan nilai kenegaraan, pembentukan jati diri dan semangat patriotisme.

Sesi seterusnya menampilkan Bicara Input Malaysia MADANI oleh Datin Shonitah Terang, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Sabah, serta Sesi Perkongsian Tokoh oleh Datuk Dr. Amin bin Senin, Felo Kenegaraan, Akademi Kenegaraan Malaysia, yang memberi inspirasi dalam memperkukuh jati diri dan semangat cinta akan negara.

Majlis Perasmian Penutupan Program disempurnakan oleh Ir. Zainazah binti Ahmad Banjar, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal.

About The Author