Screenshot 2026-10-27 095758

KOTA KINABALU, 23 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah menganjurkan Majlis Persaraan JKR Sabah Tahun 2026 bertempat di Marina Golf (Spice Island), Sutera Harbour, Kota Kinabalu, yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Ir. Zainazah binti Ahmad Banjar.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada pesara yang telah menabur bakti serta memberikan khidmat dan sumbangan kepada jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Majlis tersebut mengetengahkan tema pakaian “Blue & White Smart Casual” yang berkonsepkan santai, elegan dan profesional. Penganjuran majlis ini diharapkan dapat menghargai jasa serta sumbangan para pesara yang telah banyak berbakti kepada JKR Sabah.

About The Author