Picture1

PUTATAN, 16 OKT– Cawangan Kejuruteraan Automotif, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Angkatan Hebat Sdn. Bhd. pada 16 Oktober 2026 (Jumaat), bertempat di Bilik Mesyuarat Cawangan Kejuruteraan Automotif.

Delegasi Angkatan Hebat Sdn. Bhd. diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Haji Faez Ainstein, bersama pegawai-pegawai syarikat tersebut. Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan sesi pertemuan, perkongsian maklumat serta bertukar pandangan berkaitan bidang dan skop perkhidmatan masing-masing.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi, diikuti oleh sesi pembentangan oleh Cawangan Kejuruteraan Automotif JKR Sabah yang merangkumi pengenalan, fungsi dan peranan cawangan dalam pengurusan kenderaan Kerajaan Negeri Sabah serta Sistem Sewa Loji Jabatan Kerja Raya Sabah.

Sesi diteruskan dengan pembentangan oleh pihak Angkatan Hebat Sdn. Bhd., diikuti perbincangan dan sesi pertukaran pandangan antara kedua-dua pihak. Kunjungan ini diharapkan dapat menjadi platform untuk memperkukuh hubungan profesional, memperluas perkongsian pengetahuan serta meneroka peluang kerjasama yang bersesuaian pada masa hadapan.

Cawangan Kejuruteraan Automotif JKR Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Angkatan Hebat Sdn. Bhd. atas kunjungan hormat tersebut. Semoga pertemuan ini memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak serta menyumbang kepada penambahbaikan penyampaian perkhidmatan.

About The Author