Picture1

KOTA KINABALU, 8 OKT – Cawangan Projek Jalan Luar Bandar (PJLB) telah menganjurkan Program Team Building Badminton Tournament bertempat di ii Sports Centre.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan dalam kalangan warga cawangan. Program telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Ir. Aishahturizdah binti Ashgul, yang menekankan kepentingan semangat berpasukan dan komunikasi berkesan dalam pelaksanaan tugasan harian. Seramai 23 orang kakitangan telah menyertai pertandingan yang berlangsung dengan meriah.

Dalam pertandingan tersebut, kumpulan ZELAGON muncul sebagai johan, diikuti oleh Kumpulan SHULIT sebagai naib johan, THE BOSS di tempat ketiga dan ZET-C x CC di tempat keempat.

ZELAGON ( EE/Symus & PJ/Anisah) – Johan
SHULIT ( PJ/Gab & PA/Fatiqah) – Naib Johan
THE BOSS (KPP/Aishah & PP/Hadi) – Tempat Ketiga

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan sejurus tamat pertandingan dan disempurnakan oleh Ir. Aishahturizdah binti Ashgul. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua kakitangan atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut. Penganjuran aktiviti seumpama ini diharapkan dapat diteruskan bagi memperkukuh budaya kerja berpasukan dan hubungan kekeluargaan dalam organisasi.

ZET-C x CC ( EE/Syafie & CC Zura) -Tempat Keempat

About The Author