Screenshot 2026-10-26 161256

KENINGAU, 22 OKT – Cawangan Projek Bangunan telah mengadakan lawatan pemantauan terhadap beberapa projek pembangunan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menghampiri status siap di daerah Keningau, pada 20 hingga 22 Oktober 2026. Lawatan ini bertujuan memantau perkembangan projek serta turut melibatkan aktiviti penyerahan projek di Sekolah Kebangsaan Ambual, Keningau.

Lawatan yang dijadualkan bermula pada jam 9.00 pagi hingga selesai itu melibatkan lima buah sekolah, iaitu SK Apin-Apin, SMK Dalit, SK Ambual, SK Tuarid Taud dan SK Kampong Biah, Keningau. Pemantauan ini merupakan sebahagian daripada usaha memastikan pelaksanaan projek pembangunan sekolah berjalan dengan baik sebelum disiapkan dan diserahkan.

About The Author