5

KOTA KINABALU, 25 OGOS – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) muncul juara Pertandingan Sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026M. Manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah di tempat kedua, disusuli oleh University College Sabah Foundation (UCSF) di tempat ketiga bagi kategori Kementerian/Jabatan Kerajaan/Swasta/Institusi Pengajian Tinggi.

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertemakan “Madani Dihayati, Ummah Diberkati” dan menghimpunkan 96 kontinjen dengan kira-kira 10,000 kehadiran.

Daripada jumlah itu, 75 kontinjen menyertai pertandingan, manakala 21 kontinjen mengambil bahagian dalam perarakan yang bermula dari Padang Merdeka menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) sejauh 2.3 kilometer.

About The Author