Screenshot 2026-09-04 144344

KENINGAU, 26 OGOS – Aktiviti berbasikal anjuran Cawangan Penyenggaraan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah diadakan di perkarangan JKR Daerah Keningau bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan memperkukuh jaringan kerjasama antara warga JKR di peringkat ibu pejabat dan daerah.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan, Mohd. Hardy bin Laidin @ Saidin bersama Jurutera Bahagian Keningau, Ir. Hazel Kiddo Richard. Turut hadir ialah Jurutera Daerah Tambunan, Tenom dan Nabawan serta kakitangan yang terlibat.

Seramai 40 peserta menyertai kayuhan sejauh 22 kilometer yang bermula dari perkarangan JKR Keningau melalui Jalan Kota Ayangan – Jalan Baginda – Jalan Binaong Baginda – Stesen Mekanisasi Padi Binaong Keningau – Smk Keningau 2.

About The Author