KOTA MARUDU, 11 SEP – Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti, JKR Sabah telah mengadakan lawatan pemeriksaan kualiti projek dan pengurusan aset jalan di JKR Pitas dan JKR Kota Marudu.

Pemeriksaan tersebut diketuai oleh Jurutera Kerja, Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti, Nicklos Jefrin, dengan dibantu oleh Penolong Jurutera, Mohammad Irfan Titingan.
Lawatan pemeriksaan bermula pada 7 hingga 9 September di daerah Pitas sebelum diteruskan di daerah Kota Marudu sehingga 11 September. Pemeriksaan ini antara lain melibatkan aspek pematuhan, kualiti pelaksanaan projek serta pengurusan dan penyenggaraan aset jalan di bawah seliaan jabatan.

Sebagai penutup kepada sesi pemeriksaan tersebut, Exit Conference Audit telah diadakan pada 11 September 2026 di JKR Kota Marudu dan dipengerusikan oleh Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Jurutera Kerja, Aron Jemson dan Ts. Christine Madatang, Penolong-Penolong Jurutera, Ahmad Mahmud dan Mohammad Safri, serta Penolong Jurutera, Joeheir Sitoun, Azuan Hamzah, Evounemily dan Michelleine Michael.

Sesi Exit Conference tersebut menjadi platform bagi membentangkan hasil pemeriksaan, membincangkan penemuan serta perkara-perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan penambahbaikan.
