29

KOTA MARUDU, 3 SEP – Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia 2026, warga JKR Kota Marudu telah melaksanakan aktiviti gotong-royong secara berperingkat sepanjang bulan Ogos hingga 16 September 2026 bagi menceriakan kawasan pejabat serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja.

Aktiviti gotong-royong ini bukan sahaja bertujuan mewujudkan persekitaran pejabat yang bersih, indah dan selesa, malah menjadi wadah untuk memperkukuh semangat kerjasama, kebersamaan dan kekitaan dalam kalangan warga JKR Kota Marudu.

Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga JKR Kota Marudu atas kerjasama, komitmen serta semangat berpasukan yang telah ditunjukkan dalam menjayakan aktiviti ini.

 

About The Author