Screenshot 2026-10-09 163502

KOTA KINABALU, 6 & 7 OKT – Cawangan Ukur Bahan dengan kerjasama Lembaga Jurukur Bahan Malaysia telah menganjurkan Seminar “Termination/Determination in Construction Contracts – An Overview” yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 6 hingga 7 Oktober 2026 bertempat di Ming Garden Hotel and Residence, Kota Kinabalu, Sabah.

Seminar ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan aspek termination dan determination dalam kontrak pembinaan, termasuk proses penamatan kontrak oleh majikan dan kontraktor serta perkara-perkara berkaitan prosedur dan peruntukan kontrak.

Program ini turut merangkumi beberapa modul yang membincangkan aspek asas dan aplikasi termination/determination dalam kontrak pembinaan, sekali gus meningkatkan kefahaman serta pengetahuan peserta dalam pengurusan kontrak pembinaan secara lebih berkesan.

Seminar ini diharapkan dapat memperkukuh kompetensi warga kerja dalam menangani isu-isu berkaitan kontrak serta memastikan pengurusan kontrak pembinaan dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

About The Author