2

KOTA MARUDU, 15 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu telah terlibat dan turut mengambil bahagian dalam Program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Pejabat Daerah Kota Marudu yang berlangsung di Dewan Terbuka Pekan Tandek.

Antara pengisian di reruai JKR Kota Marudu termasuklah perkongsian maklumat mengenai penggunaan aplikasi SabahFix sebagai saluran aduan berkaitan jalan raya, selain memberikan penerangan mengenai status terkini projek-projek pembinaan dan kerja-kerja penyenggaraan jalan yang sedang dilaksanakan di daerah Kota Marudu.

Jurutera Daerah Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja JKR Kota Marudu atas komitmen, kerjasama serta sumbangan tenaga dalam membuat persiapan, penyelarasan dan memastikan kelancaran penyertaan jabatan dalam menjayakan program tersebut.

Antara pegawai dan kakitangan JKR Kota Marudu yang turut hadir serta menjalankan tugas sepanjang program tersebut ialah:

1. Ts. Christine Madatang – Jurutera Kerja
2. Muhammad Safri Yassin – Penolong Jurutera Kanan
3. Awang Zainal – Penolong Jurutera Kanan
4. Ts. Joeheir Sitoun – Penolong Jurutera
5. Aida Juraidah Rajin – Penolong Jurutera
6. Michelleine Michael – Penolong Jurutera
7. Mohd Azuan Hamzah – Penolong Jurutera
8. Norlinie Ahmad Salleh – Pembantu Tadbir
9. Siti Maslinah – Pembantu Khidmat Am
10. Azizul Asmul – Pembantu Khidmat Am

Turut hadir memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program tersebut ialah Ts. Fazlyanah Modi, Pengurus Kawasan, Globinaco Sdn. Bhd., selaku wakil syarikat konsesi penyenggaraan jalan.

Selain itu, turut hadir ialah Aidil, Jurutera daripada Lintasan Resources Sdn. Bhd., bersama-sama dua orang pembantu, iaitu Salmiah dan Miera, yang turut memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung.

Penglibatan pihak konsesi dan syarikat yang berkaitan ini mencerminkan komitmen serta kerjasama erat antara JKR Kota Marudu dengan rakan pelaksana dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Semoga penganjuran program seumpama ini dapat terus memperkukuh hubungan dan kerjasama antara agensi kerajaan, pihak konsesi, rakan pelaksana serta masyarakat setempat, di samping meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, responsif dan berkesan.

About The Author