• Disember 21, 2021
  • 1479

MESYUARAT TAHUNAN KETUA-KETUA STOR JKR SABAH TAHUN 2021

MESYUARAT TAHUNAN KETUA-KETUA STOR JKR SABAH TAHUN 2021

SEMPORNA – Mesyuarat Tahunan Ketua-ketua Stor JKR Sabah Tahun 2021 telah diadakan di Jabatan Kerja Raya Semporna pada 29 dan 30 November 2021.

Dalam mesyuarat itu, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Hj. Kamaludin Hj. Ag Abas memberikan penerangan terhadap fungsi Stor dalam memainkan peranan dalam pelupusan harta benda kerajaan dan perancangan Sistem POL.

Beliau turut mengajak kakitangan yang hadir pada sesi mesyuarat itu untuk mengamalkan sikap terbuka dan menerapkan nilai-nilai kepimpinan dalam organisasi.

Hadir dalam mesyuarat tersebut, Jurutera Daerah Semporna, Mohd Fauzi bin Zikiri, Puan Fiona bte Joseph Sandi dari Cawangan Sumber Manusia dan ketua-ketua unit daerah Cawangan Stor Jabatan Kerja Raya Sabah yang diketuai oleh Ketua Penguasa Stor, Abdul Azis bin Abd. Bool.

Disediakan oleh:

Nur Adilah Izzati

Unit Media Pembangunan Korporat