• Disember 21, 2021
  • 14842

PROGRAM JELAJAH KE DAERAH-DAERAH ” PENILAIAN KUALITI PEJABAT JKR DAERAH 2021″

PROGRAM JELAJAH KE DAERAH-DAERAH ” PENILAIAN KUALITI PEJABAT JKR DAERAH 2021″

Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti yang di tadbir oleh Ketua Penolong Pengarah Encik Jumatli Bin Abd Hamid telah dilantik sebagai Pengerusi Program Anugerah Kualiti Pejabat 2021 pada tahun ini.

Dengan demikian Pengerusi Encik Jumatli Bin Abd Hamid telah membuat jelajah ke daerah-daerah bermula 15 November dan berakhir pada 26 November 2021. Pengerusi bersama Ahli-Ahli Jawatankuasa telah jelajah sebanyak 24 daerah untuk membuat penilaian kepada pejabat JKR Daerah dan berakhir di jabatan Kerja Raya Bandaraya Kota Kinabalu. Bagi penilai-penilai di daerah pengerusi telah melantik Penolong Pengarah Encik Ir. Melvin Francis Humoc dari Cawangan Senggara Bangunan, Pegawai Tadbir Cik. Rafaa Adha Binti M.Rashid dari Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat JKR Sabah.

Program ini bersambung pada 2 hingga 3 November 2021 dengan penilaian di Cawangan-Cawangan yang telah dihadiri oleh penilai-penilai dari Jurutera Bahagian iaitu Encik Hardy Bin Laidin @ Saidin, Puan Ir. Jamilah Binti Tukang dan Puan Adzizah @ Suzianah Binti Akul serta ahli jawatankuasa program.

Disediakan oleh :

Adjeran Awang

Cawangan Audit Dalam & Piawaian Kualiti