• Oktober 1, 2022
  • 1333

Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah

Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 1 OKT – Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, hari ini.

Sebanyak 56 kontinjen yang terlibat dalam kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),  Persatuan Etnik Sabah, Agensi Swasta, IPTA / IPTS dan Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi.

Istiadat perbarisan bermula seawal jam 7.10 pagi apabila Kontinjen Perbarisan bagi kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi mula memasuki Padang Merdeka.

Sejurus selepas itu,  Pasukan Kawalan Kehormatan Utama memberikan Tabik Hormat DiRaja kepada Tun Juhar dan diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku yang dimainkan Tambor Tentera Darat Malaysia (TDM) berserta tembakan meriam sebanyak 17 das daripada Rejimen Ke-6 Artileri Diraja.

Acara diteruskan lagi dengan Tun Juhar memeriksa Kontinjen Perbarisan yang mengambil bahagian sambil diiringi oleh Panglima 5 Divisyen dengan menaiki kenderaan Istiadat.

Acara diserikan lagi apabila Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) mempersembahkan Persembahan Khas yang turut menampilkan Ikon Budaya yang menjadi kebanggaan Negeri Sabah Di Bawah Bayu dan diiringi oleh Nyanyian Koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Jabatan Kerja Raya Sabah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi dalam Pertandingan Berjalan Lalu Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi ke-69 Yang di-Pertua Negeri Sabah.