• Oktober 18, 2022
  • 864

Pemeriksaan Di Tapak Projek Jalan Ungkaraya, Semporna

Pemeriksaan Di Tapak Projek Jalan Ungkaraya, Semporna

SEMPORNA, 14 OKT – Pemeriksaan bersama Cawangan Makmal & Penyiasatan Tapak telah diadakan di Tapak Projek Jalan Ungkaraya, Semporna untuk menjalankan ujian dan pemeriksaan terhadap jenis material yang ditemui di tapak.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Makmal & Penyiasatan Tapak, Tuan Jude Anthony bersama-sama Jurutera Daerah Semporna, Tuan Mohd Fauzi Zikiri, Penolong Jurutera, Puan Rozaynah dan Tuan Mohd Fellani serta Pembantu Operasi, Tuan Yassir, Tuan Fadly dan Tuan Al Saifee daripada JKR Semporna selaku Wakil Pegawai Penguasa hadir dalam pemeriksaan itu.

Hadir sama, pihak kontraktor yang diwakili oleh Encik Tan dan Jurutera Projek, Encik Zainal. Status terkini pelaksanaan projek itu, pihak kontraktor sedang giat melaksanakan Excavation Works (Kerja-Kerja Pengorekan). Tempoh pelaksanaan projek ini ialah selama 18 bulan dan dijangka siap pada 22 November 2023.