• Disember 12, 2022
  • 1021

Lawatan Pemantauan Cawangan Penyenggaraan Jalan Ke JKR Telupid

Lawatan Pemantauan Cawangan Penyenggaraan Jalan Ke JKR Telupid

TELUPID, 7 – 9 DIS – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah mengadakan Lawatan Pemantauan ke JKR Telupid yang melibatkan syarikat-syarikat penyenggaraan jalan berturap JKR persekutuan dan negeri, iaitu Lintasan Resources Sdn. Bhd., Globinaco Sdn. Bhd. dan WKW Eramaju Sdn. Bhd.

Lawatan pemantauan itu dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan dan pemeriksaan dilaksanakan mengikut jalan-jalan yang disenggara oleh syarikat-syarikat penyenggaraan tersebut.

Objektif lawatan itu adalah bagi memeriksa dan memastikan kerja penyenggaraan rutin yang dilaksana syarikat-syarikat tersebut mematuhi jadual penyenggaraan, standard prestasi dipersetujui dan spesifikasi kerja penyenggaraan.

Pembentangan penemuan hasil lawatan turut dilakukan untuk dibincangkan bersama di bilik mesyuarat JKR Telupid. Pejabat JKR Telupid dan syarikat-syarikat penyenggaraan itu juga dikehendaki menambahbaik pelaksanaan kerja penyenggaraan susulan dari teguran yang diberikan.