• Disember 12, 2022
  • 2987

Hari Keluarga JKR Bandaraya

Hari Keluarga JKR Bandaraya

PAPAR, 10 DIS – Sambutan Hari Keluarga JKR Bandaraya telah diadakan di Ovai Hidden Paradise Resort yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Tuan Philemon Lajawai yang dihadiri oleh kakitangan beserta keluarga masing-masing bagi memeriahkan lagi acara tersebut.

Menurut Jurutera Bahagian, Tuan Mohd Hardy Laidin, beliau menyatakan Hari Keluarga ini merupakan salah satu program dalam Goal Setting yang telah dirancang sebelum ini, akan tetapi kini baru dapat dilaksanakan berikutan situasi pandemik COVId-19 yang semakin reda.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah Dancing Balloon dan Gunny Run untuk kanak-kanak. Manakala Straw Pipe, Ping Pong Run dan Bottle Flip bagi orang dewasa. Acara itu turut diserikan dengan Pertunjukan Magik dan Cabutan Tiket Bertuah.

Dalam kesempatan itu, Majlis Jasamu Dikenang diadakan sempena persaraan Encik Asbin Pri, Encik David Phan, Encik Sahari Abd. Hamid, Encik Valentine Dusi serta majlis perpisahan untuk Puan Brenda Takom yang akan berpindah ke Cawangan Penyenggaraan Jalan, Ibu Pejabat JKR.