• Mac 22, 2023
  • 1872

Gotong-royong Surau Ar-Raudah Kuarters JKR Lahad Datu

Gotong-royong Surau Ar-Raudah Kuarters JKR Lahad Datu

LAHAD DATU, 18 MAC – Gotong-royong Surau Ar-Raudah Kuarters JKR Lahad Datu telah diadakan sebagai persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang menjelang tiba.

Kawasan yang dibersihkan adalah bahagian dalam dan luar persekitaran surau. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyapu, membuka sawang, mengelap cermin, menggantung langsir, membuang rumput liar, mengecat surau, memggembur tanah dan banyak lagi.

Mjaoriti penghuni kuarters telah menyertai gotong –royong ini yang diketuai oleh Tuan Ahmat bin Hanapi.

Namun, kakitangan JKR Lahad Datu yang tinggal di luar kuarters juga turut sama menjayakan gotong-royong ini. Sikap toleransi di antara agama dapat ditunjukkan apabila terdapat kakitangan yang bukan beragama Islam bersama-sama membantu dalam program ini.

Kakitangan JKR Lahad Datu masing-masing menyumbang pelbagai juadah sepanjang program berlangsung. Setiap kakitangan dan keluarga yang menyertai gotong-royong ini menunjukkan semangat dan kerjasama yang amat baik.

Antara manfaat gotong-royong ialah memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain, memudahkan tugasan atau kerja, menjamin kebersihan persekitaran, mewujudkan persekitaran yang cantik dan teratur, melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan menjimatkan perbelanjaan dan kos penyelenggaraan.