• Mac 28, 2023
  • 2195

Jelajah Ramadan JKR 2023 : JKR Kudat (Zon Utara)

Jelajah Ramadan JKR 2023 : JKR Kudat (Zon Utara)

KUDAT, 27 MAC –Penganjuran jerayawara bagi tahun ini telah dilaksanakan di setiap zon, dimulai dengan bahagian Zon Utara yang melibatkan gabungan JKR Kudat, JKR Kota Marudu dan JKR Pitas.

Program ini merupakan salah satu acara yang diadakan setiap tahun sebagai simbolik dalam menyambut kedatangan bulan suci Ramadan Al-Kareem. Selain itu, program ini juga sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) JKR Sabah bagi meraikan golongan kurang berkemampuan seiring dengan semangat Keluarga Malaysia Madani yang menitikberat nilai insaniah.

Pelbagai pengisian program seperti ucapan perasmian, tazkirah Ramadan, penyampaian sumbangan amal kepada pihak berkaitan seperti madrasah/pusat anak yatim, solat fardhu dan tarawih secara berjemaah, penyampaian moreh, dan lain-lain.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk menyantuni golongan yang kurang bernasib baik dengan memberi sumbangan amal, memberi kesedaran tentang kepentingan sikap ambil tahu serta prihatin dengan menghulurkan bantuan seiring dengan semangat Malaysia Madani dan Sabah Maju Jaya, menerapkan serta mengamalkan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah dalam kehidupan harian, memupuk semangat kekeluargaan serta kerjasama yang utuh dan harmoni dalam kalangan warga kerja JKR Sabah.

Hadir sama, Tuan Haji Arman bin Abdul Muin, Pengarah Kerja Raya Sabah, Tuan Ir. Mohd Safri bin Abd Habi, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Tuan Hafez bin Shabuddin, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal dan Tuan Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid, YDP Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah.

Turut dijemput, Supt. Mohd Firdaus Francis bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Kudat, Ustaz Agus Kurniawan, Penghuni Baitul Hidayah (Rumah Anak Yatim & Asnaf Kudat) serta wakil ketua-ketua jabatan, jurutera-jurutera dan warga kerja JKR Zon Utara.