• April 10, 2023
  • 1547

Lawatan Pemeriksaan Bersama Projek Cerun Di Daerah Tambunan

Lawatan Pemeriksaan Bersama Projek Cerun Di Daerah Tambunan

TAMBUNAN, 6 APR – Cawangan Cerun yang diketuai oleh Tuan Ahmad Nazrul Madri berserta rombongan telah mengadakan lawatan ke daerah Tambunan yang bertujuan untuk memeriksa tapak projek cerun.

Antara lokasi yang terlibat adalah, Kerja-Kerja Pembaikan Cerun Jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom di KM 55.75 dan Kerja-Kerja Pembaikan Cerun Jalan Kota Kinabalu – Keningau – Tenom di KM 57.15.

Sesi perkongsian berkaitan kegagalan cerun di daerah Tambunan bersama JKR Tambunan dilakukan sebelum mengakhiri lawatan tersebut.