• Januari 8, 2021
  • 2664

Majlis Amanat Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Kerja Raya dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah Tahun 2020

Majlis Amanat Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Kerja Raya dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah Tahun 2020

Jabatan Kerja Raya dengan jayanya menganjur Majlis Amanat Timbalan Ketua Menteri 1 Merangkap Menteri Kerja Raya & Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020 di Dewan Sri Kinabatangan pada Selasa 5hb Januari yang lepas. Ini juga merupakan Aktiviti pertama Jabatan Kerja Raya Bagi Tahun 2021. Tujuan majlis diadakan adalah mengalu-alukan kehadiran Menteri Kerja Raya yang baharu Iaitu, Yang Berhormat Dato Sri Bung Moktar bin Radin dan memberi penghargaan kepada pemenang-pemenang Anugerah Perkihmatan Cemerlang bagi tahun 2020. Majlis telah dipengerusikan oleh Ybhg Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tn. Hj. Kamaludin Bin Ag Abas dan Ybhg Pengarah Kerja Raya Tn. Ir. Hj. Ali Ahmad Bin Hamid Sebagai Penasihat sepanjang Majlis

Majlis Bermula Dengan Kehadiran Pengerusi dan Penasihat Majlis, Semua urusetia dan Ahli Jawatan Kuasa Majlis tersebut serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Kerja Raya. Turut hadir adalah, Ybhg. Tuan Mohd. Jasmin Bin Julpin, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya. Pembantu Menteri Kerja Raya Yang Berhormat Datuk Limus Jury & Yang Berhormat Datuk Robert Tawik @ Nordin. Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong Dan Pengarah-Pengarah dibawah Kementerian Kerja Raya Dan Ahli-Ahli Kehormat Yang lain.

Majlis seterusnya disempurnakan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Seri Bung Moktar bin Radin, Timbalan Ketua Menteri Sabah Merangakap Menteri Kerja Raya Sabah. Yang Berhormat tiba Dengan Merasmikan Penamaan Baharu Dewan Kementerian Kerja Raya yang diubah dan dikenali sekarang sabagai Dewan Seri Kinabatangan. Majlis diteruskan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku diikuti dengan Bacaan Doa. Pengarah Kerja Raya Memulakan Majlis dengan memberi ucapan alu-aluan serta memberi penghargaan kepada smua pemenang-pemenang Anugerah Perkidmatan Cemerlang, Employee Of the Year, Pemenang Pertandingan Pakaian Terbaik dan Penghargaan Bagi Persara Pada tahun 2020. Seterusnya amanat telah diberikan Oleh Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Kepasa Seluruh Jabatan Kementerian Kerja Raya dengan harapan seluruh Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kerja Raya Dapat Memberi Komitmen 100% Demi Rakyat dan Negeri Sabah. Yang Berhormat Menteri Kerja Raya Seterusnya Merasmikan Majlis Tersebut dengan mengimbas QR Code My Sejahtera sebagai tanda kehadiran beliau disana.

Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Lafaz Ikrar Jabatan Kerja Raya dan Ikrar Bebas Rasuah oleh semua Pegawai dan Kakitangan yang hadir ke Majlis tersebut. Seterusnya penyampaian hadiah kepada smua pemenang-pemenang. Penyerahan Tugas Sepenuhnya kepada Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Juga telah disempurnakan oleh Pengarah Kerja Raya Tn. Ir Haji Ali Ahmad bin Hamid kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sabah. Pn Jennieve Peter. Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dahulu merupakan Cawangan Pembentungan dibawah Jabatan Kerja Raya Kini berdiri sebagai Sebuah Jabatan Sendiri.

Majlis tersebut telah diadakan secara live stream melibatkan 6 bahagian iaitu, Kawasan Pendalaman Keningau, Kawasan Utara Kudat, Kawasan Selatan Tawau, Pantai Barat Utara kota Belud, Kawasan Timur Sandakan dan Kawasan Pantai Barat Selatan Beaufort. Yang Berhormat Dato’ Bung Moktar bin Radin dijangka akan ke Bahagian untuk menyampaikan anugerah kepada Pemenang.