• Januari 15, 2021
  • 2174

Pengarah Kerja Raya Ke Pitas

Pengarah Kerja Raya Ke Pitas

Pada 14 Hb yang lalu, Daerah Pitas merupakan Daerah yang paling terjejas akibat bankir di negeri ini.

Lokasi terjejas ialah di Kilometer 53.05 Jalan Langkon – Pitas, Kilometer 1.7 Jalan Maringgan, Kilometer 0.25 Jalan Suang Duyung-Layak-Layak, Kilometer 4.25 Jalan Suang Duyung – Layak-Layak dan Jalan Sosop Bal di Kampung Rinasuk.Turut terjejas Kilometer 15.5 Jalan Ulu Malubang, Kilometer 2 Jalan Mongkubou Laut, Kilometer 6.95 Jalan Mongkubou Laut dan Jalan Telaga yang membabitkan kerosakan jambatan Sungai Paparoun.

Jalan Terputus akibat banjir teruk.

Oleh itu, Pengarah Kerja Raya Tn. Ir. Haji Ali Ahmad Bin Hamid ke Daerah Pitas dan melihat sendiri kerosakan jalan perhubungan di kawasan yang terjejas. Beliau juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan Kakitangan JKR Pitas dan membincangkan tentang keadaan banjir di Daerah tersebut dan cara menyelesaikannya.