• Januari 20, 2021
  • 334

KERAJAAN NEGERI AKAN MEMOHON PERUNTUKAN KERAJAAN DARI KERAJAAN PUSAT UNTUK MEMBAIKI RUNUTUHAN KAWASAN LETAK KERETA TAMAN NEGARA KINABALU: BUNG

KERAJAAN NEGERI AKAN MEMOHON PERUNTUKAN KERAJAAN DARI KERAJAAN PUSAT UNTUK MEMBAIKI RUNUTUHAN KAWASAN LETAK KERETA TAMAN NEGARA KINABALU: BUNG
Oleh : Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan memohon peruntukan dari kerajaan pusat untuk membaiki kawasan letak kereta di Taman Negara Kinabalu Kundsang yang runtuh pada selasa lepas.

Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata walaupun ianya tidak melibatkan jalan utama antara Kota-Kinabalu ke Ranau,namun kesan jangka panjang runtuhan tersebut jika tidak diperbaiki segara boleh menjejaskan jalan utama .

“ Kementerian Kerja Raya Sabah akan memohon peruntukan dari kerajaan pusat bagi membaiki runtuhan ini,dimana kita akan menyediakan anggaran kos peruntukan untuk kerja kerja pembaikan ini untuk dikemukakan kepada kerajaan pusat “ katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang kemarin

Menurut Bung walaupun runtuhan ini tidak melibatkan jalan utama iaitu jalan persekutuan kerja-kerja pembaikan perlu dilakukan segara kerana kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dan menjadi tempat meletakkan kenderaan bagi pengunjung yang ingin melawat Taman Kinabalu.

Dalam kejadian awal pagi selasa lepas runtuhan tersebut melibatkan kesan keruntuhan kira-kira 100 meter ekoran dari hujan yang turun sejak beberapa hari lepas bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku semasa kejadian.

Tambah Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah,sekiranya perlu orang ramai boleh menggunakankan jalan alternatif di Jalan Bundu Tuhan Kinasaraban dan beliau turut mengingatkan orang ramai yang melalui jalan tersebut agar berhati hati sementara pihak JKR telahpun memasang papan tanda amaran selain kerja kerja penyelanggara semantara bagi menghalang runtuhan tersebut memberikan kesan kepada jalan utama.

Ketika diminta mengulas keruntuhan jalan antara Paitan ke Kinabungan yang melibatkan bangunan Loji Rawatan Air Paitan juga turut ranap meranapkan bangunan Loji Rawatan Air Paitan Bung menjelaskan Jabatan Kerja raya akan menggunakan peruntukan kecemasan AP55 untuk memperbaiki jalan tersebut.

“ Setakat ini laporan yang saya terima hanya bangunan kuarters loji air menggelongsor akibat runtuhan tersebut sementara bangunan Loji Rawatan Air masih boleh berfungsi” jelas Bung

Sementara itu Pengarah Jabatan Air Sabah Edward Lingkapo ketika dihubungi berkata pihak jabatan sedang melakukan sisatan dan laporan terperinci berhubung dengan kejadian tersebut.

“ Sebaik sahaja laporan terperinci kita terima, jabatan akan membuat anggaran kos pembaikan dimana Pusat Rawatan Air Paitan ini adalah dibawah konsisi syrikat yang diberikan tanggungjawab mengendalikanya” katanya.


TERJEJAS…Jalan Paitan Kinabungan runtuh yang turut meranapkan kaurters pekerja Loji Penapis Air Paitan.