• Januari 21, 2021
  • 338

JKR INGATKAN ORANG RAMAI GUNAKAN APLIKASI YANG DISEDIAKAN UNTUK MENGEMUKAN SEBARANG ADUAN BERHUBUNG KEROSAKAN JALANRAYA

JKR INGATKAN ORANG RAMAI GUNAKAN APLIKASI YANG DISEDIAKAN UNTUK MENGEMUKAN SEBARANG ADUAN BERHUBUNG KEROSAKAN JALANRAYA
OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

KOTA KINABALU : Orang ramai diingatkan agar menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah, bagi mengemukakan sebarang aduan berhubung dengan kerosakan jalanraya .

Pengarahnya Ir Ali Ahmad Hamid (gambar kecil) berkata aduan boleh dibuat melalui aplikasi ‘ADUAN JALAN RAYA JABATAN KERJA RAYA SABAH ‘ . Untuk mendapatkan info terkini mengenai kerosakan jalanraya di negeri ini khususnya jalan jalan dibawah kendelian JKR.

Menurut Ir Ali Ahmad aplikasi ini dibangunkan oleh JKR Sabah bertujuan untuk mengalu-alukan semua pengguna jalan raya di negeri ini untuk membuat aduan berkaitan dengan kerosakan jalan raya di Sabah.

“Aplikasi ini merupakan usaha JKR Sabah menyediakan rangkaian jalan raya yang selamat,selesa dan boleh dilalui setiap masa”

“ Penggunaan aplikasi ini hanya terhad untuk aduan jalanraya di negeri Sabah sahaja dan pengguna boleh menggunakanya untuk tujuan tersebut bagi memudahkan aduan pengguna dapat ditangani secepatnya ” Katanya ketika ditemui selepas mengiringi lawatan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin meninjau kerosakan Jejambat (Flyover) Hilltop di Luyang pada Kahmis.

Ir Ali Ahmad berkata demikian sebagai mengulas beberapa aduan yang dimuat naik berserta gambar samaada melalui media sosial atau aplikasi WahtsApp dan apabila pihak JKR menyiasat perkara tersebut tidak wujud.

Tambah beliau sejak kebelakangan ini ketika Sabah berhadapan dengan fenomena hujan lebat berpanjangan dan banjir yang berlaku di beberapa buah daerah di negeri ini mengakibatkan banyak jalan yang runtuh dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial atau aplikasi WahtAspp untuk membuat aduan palsu.

“ Setelah pihak kami melakukan sisatan dilokasi yang dimaksudkan dari aduan yang menggunakan media sosial dan aplikasi WahtAspp ini ,kami dapati ianya tidak benar ,malah gambar yang dimuat naik adalah gambar dari sumber lain dan tidak berlaku di Sabah” katanya

Menurut Ir Ali Ahmad perbuatan ini sudah tentu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang hanya mengambil kesempatan untuk mencemarkan imej kerajaan,pemimpin dan JKR.

Sehubungan dengan itu Ir Ali Ahmad meminta orang ramai khususnya penggunakan jalanraya di negeri ini agar tidak mudah mempercayai sebarang laporan keroskan jalanraya yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini yang menggunakan media sosial dan aplikasi WahtsApp sebaliknya mereka perlu merujuk kepada apilikasi yang disediakan atau pihak JKR di kawasan masing-masing.


IRING…Ir Ali Ahmad menunjukan plan asal Jejambat semasa mengiringi Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin meninjau keroskan jejambat (Flyover) di Hilltop Luyang
TURUN PADANG..Ir Ali Ahmad turun padang semasa meninjau jalan runtuh di KM 45.70 Jalan Kota Kinabalu Keningau Tenom baru baru ini