• Februari 2, 2023
  • 1694

Lawatan Kerja Bersama Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

Lawatan Kerja Bersama Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau

TUARAN, 31 JAN – Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Tuaran untuk mendapatkan maklumat daripada Jurutera Daerah Tuaran, Puan Farini Awang dalam memahami fungsi kerja unit masing-masing serta maklumat proses kerja projek-projek khusus bagi daerah Tuaran dibawah seliaan JKR Tuaran.

Dalam taklimat itu, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan. Beliau turut menyatakan sekiranya terdapat usul cadangan masalah berkaitan yang penting kepada masyarakat akan dibawa ke dalam persidangan parlimen pada bulan Februari akan datang.

Jurutera Daerah Tuaran, Puan Farini Awang juga menyatakan bahawa JKR Tuaran akan sentiasa memberi kerjasama dalam semua aspek pembangunan dalam daerah termasuk aspek permohonan pembangunan daerah Tuaran.

Turut hadir, Jurutera-Jurutera, Penolong-Penolong Jurutera serta kakitangan JKR Tuaran yang lain.