• Februari 5, 2023
  • 1561

Penyerahan Wakaf Al-Quran dan Vacuum Cleaner

Penyerahan Wakaf Al-Quran dan Vacuum Cleaner

LAHAD DATU, 3 FEB – Jurutera Daerah Lahad Datu, Tuan Mohammad Izam berserta kakitangan JKR Lahad Datu telah mengadakan penyerahan wakaf Al-Quran dan vacuum untuk Masjid Firdaus Kg. Sepagaya, Lahad Datu.

Sesi taklimat dan perjumpaan dengan wakil-wakil dari Masjid Firdaus diadakan dan antara yang diwakafkan adalah dua(2) buah vacuum cleaner dan 43 naskhah Al-Quran. Sumbangan wakaf ini merupakan hasil sumbangan secara perseorangan dan juga Persatuan Usrah JKR Lahad Datu.

Tuan Ridzuan, selaku Penolong Jurutera Projek yang menjaga, memantau dan menyelaras pembinaan masjid tersebut telah mengetuai penyerahan itu dengan lancar yang diiringi bacaan doa selamat. Semua yang terlibat mengharapkan agar sumbangan wakaf dapat memberi manfaat kepada orang ramai dalam jangka masa panjang.

Acara ringkas itu dihadiri oleh lima (5) orang wakil dari Masjid Firdaus.