• Mac 2, 2023
  • 1409

Lawatan Kerja Teknikal JKR Sarawak Ke JKR Sabah

Lawatan Kerja Teknikal JKR Sarawak Ke JKR Sabah

KOTA KINABALU, 27 & 28 FEB – JKR Sarawak yang diketuai oleh Tuan Ir. Ts. Richard Anak Tajan, Pengarah Kerja Raya Sarawak berserta rombongan telah mengadakan Lawatan Kerja Teknikal ke JKR Sabah.

Objektif lawatan tersebut adalah untuk mempelajari berkaitan pengurusan dan pelaksanaan projek yang berimpak tinggi khasnya pembangunan luar bandar (Rural Connectivity) di negeri Sabah, Penggunaan BIM dan Sistem IBS dalam proses pelaksanaan projek, Bertukar-tukar fikiran dalam pengurusan dan pelaksanaan program Sekolah Daif serta memahami dengan lebih mendalam proses dan impak penggunaan Agregat Bukan Granit untuk Pembinaan Jalan dan Struktur Konkrit.

Rombongan tersebut sempat melakukan lawatan tapak ke Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Pakej Kerja 07, iaitu Menaiktaraf Jalan Dari Inanam Ke Sepanggar sebelum bertolak ke Ibu Pejabat JKR Sabah.