• Mac 2, 2023
  • 1482

Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Di Sabah

Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan Di Sabah

KOTA KINABALU, 28 FEB – Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri dan persekutuan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Dalam ucapan amanatnya kepada penjawat awam, beliau berkata kerajaan Pusat memilih untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah untuk terus memimpin negeri Sabah.

Datuk Seri Hajiji Noor berkata penjawat awam diharap dapat melipatgandakan lagi usaha serta khidmat bakti kepada negeri, rakyat dan masyarakat dalam memastikan negeri ditadbir dan diurus dengan cemerlang, manakala rakyat dibela dengan sebaik-baiknya.

“Jadilah penjawat awam yang berdaya kreatif, bersikap proaktif serta memiliki semangat untuk berlumba dalam mencapai kejayaan secara sihat, berintegriti dan menjauhi rasuah,” katanya demikian berucap dalam Majlis Amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan di Sabah.