• Jun 21, 2023
  • 757

Mesyuarat Penyelarasan Kerja Penyenggaraan Jalanraya

Mesyuarat Penyelarasan Kerja Penyenggaraan Jalanraya

SEMPORNA, 16 JUN – JKR Daerah Semporna telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kerja Penyenggaraan Jalanraya Di Bawah Program Naiktaraf Jalanraya Luar Bandar.

Dalam mesyuarat tersebut, pihak kontraktor YTO Group Sdn Bhd yang telah dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan ini telah membentangkan Jadual Pelaksanaan Kerja (Work Program).

Jurutera Daerah Semporna, Mohd Fauzi Zikiri yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berharap agar pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan dapat dilaksanakan mengikut Jadual Pelaksanaan Kerja (Work Program) dan mengikut spesikasi yang telah ditetapkan.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Penolong-Penolong Jurutera Unit Penyenggaraan Jalan, Khairul Ramzan dan Mohd Fellani serta kakitangan Unit Penyenggaraan Jalanraya, Rafidan dan Fadly.