• Jun 21, 2023
  • 888

Program 1 Jam Bersih & Gosok

Program 1 Jam Bersih & Gosok

KUNAK, 17 JUN – Pejabat Kesihatan Daerah Kunak telah menganjurkan Program 1 Jam Bersih & Gosok sebagai tanda sokongan ke atas usaha bersama ke arah mendidik kakitangan tentang bahaya denggi dan ianya wajar dilaksanakan bermula dari peringkat pejabat bagi memberi pendedahan tentang aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.

Lawatan pemantauan ke JKR Kunak dilaksanakan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Kunak, Mustapha Turun dan Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abdul Malek Hj. Abdul Rahim dan disambut mesra oleh wakil Jurutera Daerah Kunak, Mohd Ryansyah Suriansyah dan Norlina Kiwal.

Program ini turut bermatlamat melahirkan individu yang bertanggungjawab dan peka terhadap kebersihan persekitaran di kawasan pejabat dan tempat tinggal dengan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala.

Selain itu, program yang sinonim dengan Kempen Bebas Denggi ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dan kesedaran di kalangan pegawai yang terlibat menjayakan program ini. Lawatan pemantauan daripada KKM ke daerah ini adalah pertama kali dan mereka mendapati terdapat beberapa kawasan yang berpotensi positif denggi.

Sehubungan itu, tindakan segera oleh seramai 15 orang kakitangan JKR Kunak, dengan kerjasama pihak Globinaco dan pengawal keselamatan, mereka mengadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan pejabat seawal jam 8.00 sehingga jam 9.00 pagi.

“Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan tindakan pantas JKR Kunak dalam menjayakan program ini,” demikian ucapan Mustapha Turun.