• Oktober 20, 2023
  • 482

Mesyuarat Pemantauan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Bil. 10 / 2023

Mesyuarat Pemantauan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Bil. 10 / 2023

LAHAD DATU, 18 OKT – Mesyuarat Pemantauan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Bil. 10/2023 bagi Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bertempat di Jabatan Kerja Raya Lahad Datu.

Mesyuarat ini disertai oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Hj. Arman bin Abdul Muin dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pan Borneo, Mohammad Safri bin Abdul Habi. Selain itu, antara yang terlibat dengan mesyuarat ini ialah Jurutera Bahagian Zon Selatan, Mohammad Izam bin Jamal dan Jurutera Daerah Lahad Datu, Syed Abdullah Syed Abas.

Mesyuarat ini turut disertai oleh wakil dari Jabatan Tanah dan Ukur, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Pembinaan dan Pemantauan, Cawangan Teknikal dan Kawalan Kualiti, Konsultan Ukur Bahan, Jurutera Awam, Kanan dan Projek, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Ketua Penolong Pengarah, Kordinator Projek, Pengarah, Pengurus dan Jurutera Projek, Penolong Pengarah, Penolong Pemungut Hasil Tanah, Jurutera Tapak, Pegawai Penguasa, Wakil Pegawai Penguasa dan lain-lain.

Antara tujuan mesyuarat ini ialah untuk membincangkan isu-isu teknikal, utiliti dan pengambilan tanah, laporan risiko, polisi insuran, isu geofizik, pematuhan spesifikasi, justifikasi teknikal, status kemajuan kerja, isu-isu yang memerlukan perhatian khusus, isu-isu berbangkit dan hal-hal lain.

Mesyuarat berjalan dengan tenang dan lancar walaupun diadakan dalam cuaca yang tidak menentu seperti panas berganti mendung.