• Oktober 20, 2023
  • 386

Program Audit Kriteria Penerimaan Jalan Baharu

Program Audit Kriteria Penerimaan Jalan Baharu

LABUAN, 16 – 18 OKT – Program Audit Kriteria Penerimaan Jalan Baharu bagi Projek Pembinaan Jalan Pesisir Pantai dari Membedai ke Tanjung Aru diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Program audit tersebut diketuai oleh Ketua Pasukan Audit (KPA), Ir. Zulfaizal bin Mat Zin dari Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia. Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan (CPJ) dari JKR Sabah, Ts. Brenda J. Takom dilantik sebagai Timbalan Ketua Pasukan Audit (TKPA) dan turut disertai oleh pasukan audit CPJ yang membantu mengendalikan audit bagi skop pavemen dan skop kejuruteraan awam.

Cawangan Trafik & Pengangkutan, JKR Sabah turut sama menyertai program audit bagi skop lampu jalan dan lampu isyarat.

Audit Kriteria Penerimaan Jalan tersebut dilaksanakan sebagai salah satu dari keperluan Prosedur Penerimaan Aset Jalan Baharu mengikut Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan (TPATA) sebelum pemilikan aset jalan tersebut diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya bagi pengurusan penyenggaraan.

Pihak kontraktor diminta mengambil tindakan ke atas semua Laporan Ketidakpatuhan yang dikeluarkan selewat-selewatnya pada 16 November 2023. Program audit ini dapat memberi pendedahan kepada pegawai JKR Sabah terhadap proses dan prosedur penyerahan aset Jalan Persekutuan yang baharu siap untuk penyenggaraan sebelum Tempoh Tanggungan Kecacatan tamat.