• November 9, 2023
  • 201

Ujian Produk Chipfill Dari Geveko Markings

Ujian Produk Chipfill Dari Geveko Markings

TELUPID, 08 NOV – Ujian Produk ChipFill dari Geveko Markings telah dilaksanakan yang dihadiri oleh wakil Cawangan Penyenggaraan Jalan, pihak JKR Telupid, syarikat konsesi Globinaco Sdn Bhd dan pihak syarikat pembekal Geveko Markings Malaysia Sdn Bhd. Jurutera Daerah JKR Telupid, Ir. Kenny Paping, turut sama menyaksikan ujian produk tersebut.

Produk ChipFill ini digunakan untuk membuat tampalan lubang (potholes) dengan kedalaman maksimum 5cm dan diameter maksimum 20cm. Bagi potholes yang bersaiz melebihi keluasan 1m persegi, AggreFill dicampurkan dengan ChipFill semasa pembaikan.

Selain itu, pihak syarikat pembekal turut memperkenalkan produk ColdFill yang digunakan untuk menutup retakan (crackings) pada permukaan pavemen. Kesemua produk yang diaplikasikan pada permukaan jalan tersebut adalah sebagai kaedah pembaikan sementara dan ianya akan dipantau untuk mengenalpasti keberkesanan serta ketahanan produk berkenaan. Analisa terperinci dari segi kos dan masa juga akan dibuat sebelum produk tersebut diputuskan untuk kegunaan selanjutnya.