• November 16, 2023
  • 191

Mesyuarat Perbincangan Perolehan Harga Tempatan Bagi Kawasan Bahagian Utara

Mesyuarat Perbincangan Perolehan Harga Tempatan Bagi Kawasan Bahagian Utara

KUDAT, 15 NOV – Perbincangan meja bulat ini dipengerusikan oleh Jurutera Bahagian Kawasan Utara, Hillmy Hamid.

Seramai 14 pegawai hadir terdiri daripada Jurutera Daerah, Jurutera Kerja dan Penolong Jurutera di Kota Marudu, Pitas serta tuan rumah iaitu JKR Kudat yang terlibat dalam proses kerja sebut harga.

Hasil mesyuarat menetapkan tarikh 29 November ini sebagai mesyuarat kedua bagi setiap wakil daerah mengemukakan harga yang sama sebelum menghasilkan keputusan di peringkat akhir.

Proses sebut harga ini melibatkan Unit Bangunan dan Penyenggaraan Jalan.