• November 29, 2023
  • 307

Taklimat Tender dan Lawatan Tapak di Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Kudat

Taklimat Tender dan Lawatan Tapak di Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Kudat

KUDAT, 28 NOV – JKR Kudat telah mengadakan Taklimat Tender dan Lawatan Tapak Bagi Pembinaan Bangunan Gantian Penuh Yang Mengandungi 12 Bilik Darjah dan Lain-Lain Kemudahan Mengikut Piawai di Sekolah Kebangsaan Muhibbah, Kudat.

Taklimat tersebut dimulakan dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.30 pagi hingga 11.00 pagi yang melibatkan seramai 73 orang kontraktor berdaftar dari seluruh pelusuk daerah.

Petender yang hadir perlu mengemukakan serta melengkapkan dokumen-dokumen tender serta sijil yang diperlukan bagi memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak JKR.

Setelah itu, berlangsungnya Taklimat Tender yang dipengerusikan oleh Jurutera Bahagian Kawasan Utara, Hilmy Hamid bersama Jurutera Kerja Siti Nurmasyittah Ag. Besar dan Ts. Mohd Zamree bin Tomy bertempat di Bilik Gerakan JKR Kudat.

Seusai taklimat ringkas, rombongan tender bersama Pegawai JKR yang terlibat bergerak ke kawasan projek berkenaan bagi mengadakan lawatan tapak.