• Disember 6, 2023
  • 201

Program Gotong-Royong JKR Kunak

Program Gotong-Royong JKR Kunak

KUNAK, 1 DIS – JKR Kunak telah mengadakan Program Gotong Royong yang bertujuan untuk mengekalkan kebersihan kawasan persekitaran pejabat, memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan antara kakitangan.

Seramai 20 orang kakitangan JKR Kunak, dengan kerjasama pihak Globinaco dan pengawal keselamatan bergotong royong membersihkan kawasan pejabat khususnya kawasan parit dan longkang.

Acara tamat pada pukul 10.00 pagi disebabkan hujan dan diikuti dengan acara BBQ sebagai kudapan pagi. Jurutera Daerah Kunak, Siti Asmah Munir menyatakan penghargaan dan berterima kasih kepada semua yang hadir dan beliau akan meneruskan program gotong royong ini sebagai aktiviti bulanan pejabat.