• April 18, 2024
  • 57

Laporan Pemusnahan Rekod JKR Kota Belud

Laporan Pemusnahan Rekod JKR Kota Belud

KOTA BELUD, 16 APR – JKR Kota Belud telah mengadakan pemusnahan rekod awam / kewangan bersama-sama dengan Cawangan Sumber Manusia, wakil Jabatan Arkib Negeri Sabah dan wakil Jabatan Bendahari Negeri Sabah.

Tujuan pemusnahan rekod tersebut diadakan adalah untuk melupuskan rekod-rekod yang tidak lagi digunakan bersesuaian dengan cabutan-cabutan enakmen seksyen 6(1) yang menyatakan tentang rekod awam yang perlu dilupuskan berdasarkan enakmen Arkib Negeri 1980.

Ia juga adalah untuk menjimatkan ruang penyimpan serta mengemaskini sistem rekod Jabatan Kerja Raya Kota Belud.