• April 18, 2024
  • 165

Majlis Serah Tugas, Penghargaan dan Perpindahan serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Majlis Serah Tugas, Penghargaan dan Perpindahan serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri

LAHAD DATU, 18 APR – Hari ini berlangsung Majlis Serah Tugas, Penghargaan & Perpindahan serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri di JKR Lahad Datu.

Mantan Jurutera Daerah JKR Lahad Datu iaitu Syed Abdullah bin Syed Abas akan berpindah ke Cawangan Pembangunan dan Korporat, Ibu Pejabat JKR sebagai Penolong Pengarah. Beliau digantikan oleh Jurutera Daerah yang baharu iaitu Hadi bin Hamzah yang sebelumnya bertugas sebagai Jurutera Daerah di JKR Kota Marudu.

Selain daripada itu, majlis ini juga diadakan bagi memberi penghargaan kepada dua kakitangan JKR Lahad Datu iaitu Sunny Cheong Fui Yang, selaku Jurutera Kerja Awam yang berpindah ke Sektor Pan Borneo dan Andriani Saputri binti Musfika selaku Pembantu Tadbir Kewangan yang berpindah ke Pejabat Daerah Lahad Datu.

Majlis ini juga antara lainnya diadakan bagi meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang yang diraikan senagai simbolik kemenangan umat Islam setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan pada bulan Ramadan yang lepas.

Antara yang hadir pada majlis ini ialah Jurutera Bahagian JKR Tawau, Mohammad Izam bin Jamal, Jurutera Daerah JKR Semporna, Ir. Lim Dixon Amando, Jurutera Daerah JKR Kunak, Asmah binti Munir, beberapa kakitangan JKR Tawau, JKR Kunak, JKR Semporna, JKR Kota Marudu, JKR Lahad Datu dan juga pihak konsesi.

Antara pengisian majlis ini ialah bacaan doa dari kakitangan JKR Lahad Datu, menandatangani majlis serah tugas yang disaksikan oleh Ridzuan @ Bennie bin Asli, ucapan dari Hadi bin Hamzah, Sunny Cheong Fui Yang dan Andriani Musfika, penyampaian cenderahati, tayangan montaj, sesi bergambar dan jamuan makan.

Semua pihak yang terlibat bersyukur kerana majlis berjalan dengan lancar walaupun diadakan dalam cuaca yang panas. Semoga semua yang terlibat sentiasa maju jaya dan gembira bekerja di tempat baharu.

Setiap hidup adalah cerita, terima kasih telah menjadi sebahagian dari cerita kami.