SANDAKAN, 25 MAC – Persatuan Kakitangan Islam (PKI) JKR Sabah telah menganjurkan program Jelajah Ramadan di JKR Sandakan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez bin Shabuddin mewakili Pengarah JKR Sabah.

Majlis tersebut telah bermula pada jam 4.30 petang dan dimulakan dengan bacaan doa daripada Rozlan Husain diikuti dengan ucapan alu-aluan dan terima kasih daripada Jurutera Bahagian JKR Sandakan (Kawasan Timur) Alan Arthur Angian di atas kesudian para tetamu menghadiri dan memeriahkan program ini. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada YDP Persatuan Kakitangan Islam (PKI), Mohd. Hardy bin Laidin@Saidin.

Selesai upacara perasmian, majlis ini diserikan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Mohd Rafaeh Enarji.
Program Jelajah Ramadan ini juga mengadakan penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz, pesara JKR Sandakan dan juga kepada anak dan balu kakitangan JKR Sandakan. Program ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Kakitangan Islam (PKI) Sabah yang bertujuan untuk menyambut dan mendapatkan keberkahan Ramadan, selain menyantuni dan mengeratkan silaturahim sesama umat. Program yang dijalankan di JKR Sandakan ini juga merupakan penutupan bagi Program Jelajah Ramadan yang dianjurkan oleh PKI JKR Sabah pada tahun 2025.


