RANAU, 21 MEI – JKR Ranau telah melaksanakan Program Pemusnahan dan Pelupusan Rekod Awam / Kewangan di tapak perkarangan kuarters JKR Ranau yang turut disaksikan oleh Jabatan Arkib Negeri Sabah dan Jabatan Bendahari Negeri Sabah.

Objektif program itu adalah untuk mengurus rekod lama yang telah mencapai tahap yang ditetapkan secara teratur dan membantu melaksanakan pemusnahan rekod yang mematuhi tatacara pengurusan rekod yang betul.

