KUDAT, 12 JUN – Program Gotong royong telah dilaksanakan di Jabatan Kerja Raya Kudat melibatkan seluruh warga kerja jabatan. Aktiviti yang dijalankan merangkumi kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan dalam serta luar pejabat bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa bersih, selamat dan kondusif.


Program ini bertujuan memperkukuh budaya kerja berpasukan serta mewujudkan suasana pejabat yang lebih ceria, selesa dan teratur. Inisiatif ini turut mencerminkan komitmen warga JKR Kudat dalam mengekalkan imej jabatan yang bersih, kemas dan profesional demi meningkatkan kualiti persekitaran kerja.

