KEPAYAN, 7 OGOS – Bagi memastikan pengawasan projek pembinaan di lapangan dilaksanakan mengikut piawaian yamg ditetapkan, Institut Latihan JKR Sabah telah menganjurkan Kursus Kimpalan Siri 3/2026 yang berlangsung selama lima hari, bermula 3 hingga 7 Ogos yang lalu.

Kursus komprehensif ini memberikan pendedahan seimbang menerusi pendekatan teori dan praktikal bagi membekalkan para peserta dengan pengalaman hands-on serta kemahiran asas dalam pertukangan kimpalan.


Inisiatif latihan berterusan ini mencerminkan komitmen Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam melahirkan warga kerja teknikal yang berpotensi tinggi, berpengetahuan, dan sentiasa bersedia memastikan mutu kerja setiap projek pembinaan mengikut piawaian yang ditetapkan.

