SANDAKAN, 10-13 SEP – Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah (LPB) Pakej Kerja WP27: Menaiktaraf Jalan dari Kampung Lot M ke Batu 32 Sandakan telah terpilih bagi pelaksanaan Kajian Penilaian Outcome (KPO) Tahun 2026.


Kajian tersebut bertujuan menilai pencapaian hasil projek serta impaknya terhadap pengguna jalan raya dan komuniti setempat. Aktiviti pengumpulan dan analisis data melalui sesi temu bual serta pengisian soal selidik telah dijalankan sepanjang jajaran Pakej Kerja 27.


Kajian melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk ADUN setempat, pihak sekolah, pengguna jalan raya, komuniti dan pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas serta gambaran sebenar berkaitan impak projek.

