IMG_1714

KOTA KINABALU, 7 JUN – Jabatan Kerja Raya Sabah telah menyambut baik kunjungan hormat daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Jumaat lepas.

Sesi mesyuarat itu diadakan di Bilik Mesyuarat Trusmadi yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin. Mesyuarat itu bertujuan untuk membincangkan perancangan penubuhan bangunan baharu FINAS di negeri Sabah. Lawatan tapak turut diadakan pada keesokan harinya.

Turut serta dalam kunjungan itu, Kementerian Komunikasi, Jabatan Penerangan Sabah (JAPEN) dan Jabatan Penyiaran Sabah (RTM).

About The Author