PENAMPANG, 18 JUN – Jurutera Daerah JKR Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri telah menghadiri dan menyampaikan taklimat pelaksanaan Projek Naiktaraf Jambatan Sg. Moyog, Stesen Perikanan Babagon, Kg. Timpangoh – Kg. Lotong, Penampang.

Dalam taklimat tersebut, beliau memaklumkan bahawa kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek itu ialah Bisajuta Sdn. Bhd dengan kos sebanyak 16.8 Juta. Tarikh milik tapak ialah pada 9 Julai 2024 dengan tempoh pembinaan adalah selama 24 bulan.
Majlis pecah tanah projek disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.174 Penampang, YB Datuk Ewon Benedick.


Turut hadir, Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong, Penolong Pegawai Daerah, Jurutera JKR Penampang, Daniel, Penolong Jurutera, Garry David, Ketua Kampung dan penduduk kampung di kawasan sekitar.
